Making a good photograph is a combination of understanding how to use your tools (camera, lights, enlarger and/or computer) and using your imagination.

Wednesday 5 October 2011

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang

 PORT DICKSON 02/10/09 - Bendera parti Barisan Nasional mula digantung untuk memeriahkan pilihanraya DUN Bagan Pinang di Pantai Batu 4. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 03/10/09 - Penyokong Pas berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Port Dickson. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH



 PORT DICKSON 02/10/09 - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin bergambar bersama calon Barisan Nasional pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad di perjumpaan tertutup dengan Umno Bahagian Teluk Kemang di Kelab Golf Port Dicksonta, turut kelihatan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 09/10/09 - Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH  


 PORT DICKSON 09/10/09 - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH  


 PORT DICKSON 10/10/09 - Kakitangan SPR, Noor Hazila Mohd Sarpan,31 membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya DUN Bagan Pinang di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 10/10/09 - Kakitangan SPR, Zaharah Ujang, 48 membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya DUN Bagan Pinang di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 10/10/09 - Peserta Kayak membawa bendera Umno dan Barisan Nasional mengelilingi pantai Bagan Pinang selepas majlis perasmian Karnival Sukan 1 Malaysia. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 10/10/09 - Kayak yang dihiasi bendera Umno dan Barisan Nasional bagi memeriahkan Pilihanraya Bagan Pinang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 11/10/09 - Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), menenangkan penyokong Barisan Nasional ketika kekecohan di Peti Undi  Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan semasa pilihanraya DUN Bagan Pinang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 11/10/09 - Anggota polis menenangkan penyokong Barisan Nasional ketika kekecohan di Peti Undi  Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan semasa pilihanraya DUN Bagan Pinang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

PORT DICKSON 11/10/09 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meraikan Calon Barisan Nasional Tan Sri Mohd Isa Samad (tengah) yang menang pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH 

No comments:

Post a Comment