Making a good photograph is a combination of understanding how to use your tools (camera, lights, enlarger and/or computer) and using your imagination.

Wednesday 5 October 2011

Pilihanraya Kecil Parlimen P036 Kuala Terengganu



 KUALA TERENGGANU 08/01/09 - Suasana semperna Pilihan raya kecil Parlimen P036 Kuala Terengganu sudah mula terasa dengan bendera parti yang bertanding. - Gambar oleh Mohd Fadli Hamzah

 KUALA TERENGGANU 11/01/09 - Bendera parti yang bertanding di Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di gantung sepanjang jalan Kampung Gong Tok Nasek. - Gambar oleh Mohd Fadli Hamzah

 KUALA TERENGGANU  - Sebuah kereta penyokong Barisan Nasional menampal bendera parti tanda memberi sokongan ketika kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. - Gambar oleh Mohd Fadli Hamzah
Sebuah kenderaan Proton Saga sanggup menampal poster Barisan Nasional dan bendera kecil (BN) diatas bumbung keretanya semata-mata membuktikan sokongan kepada Barisan Nasional bagi kempen pilihan raya kecil P0.36 Parlimen Kuala Terengganu, di sini, semalam.Gambar Fadli Hamzah.

 KUALA TERENGGANU  - Perbagai cara dilakukan untuk menarik pengundi ketika kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. - Gambar oleh Mohd Fadli Hamzah



Pilihanraya Kecil N11 DUN Permatang Pasir

 PRAI 17/08/2009  - Anggota polis menggunakan topeng muka sebagai langkah pencegahan virus H1N1 ketika penamaan calon pilihanraya kecil N11 DUN Permatang Pasir di Dewan IKBN, Bukit Mertajam. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PRAI 17/08/2009  - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditahan anggota polis di penamaan calon pilihanraya kecil N11 DUN Permatang Pasir di Dewan IKBN, Bukit Mertajam kerana membuat kekecohan di situ. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH


 PRAI 24/08/2009  - Anggota Polis membuat pemeriksaan keatas kenderaan yang memasuki kawasan Permatang Pasir untuk memastikan tiada kekecohan yang akan berlaku di hari mengundi esok. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PERMATANG PASIR 25/8/2009  - Pengundi menggunakan topeng muka dan mulut di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

PERMATANG PASIR 25/8/2009 - Petugas SPR memakai topeng muka dan mulut di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang

 TAIPING 31/03/09 - Petugas Bilik Gerakan Taman Kuning Sari, Ibrahim Haron, 45 dan Abdullah Mat Isa, 55 membuat replika dacing sebagai tarikan sempena pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 TAIPING 01/04/09 - Bendera Umno dan Barisan Nasional yang terdapat di sepanjang jalan ke Air Kuning memeriahkan suasana menjelang pilihanraya Parlimen Bukit Gantang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 TAIPING 04/04/09 - SEMAKIN MERIAH....Bendera parti yang bertanding berkibar disepanjang jalan Simpang memeriahkan lagi suasana pilihanraya Parlimen Bukit Gantang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 TAIPING 29/03/09 - Penyokong parti Pakatan Rakyat berkumpul di Padang Esplanade Taiping semasa hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 TAIPING 31/03/09 - Bendera parti yang bertanding memeriahkan suasana di sepanjang jalan ke Matang menjelang pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 TAIPING 31/03/09 - Bendera gergasi Barisan Nasional memeriahkan suasana berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan, Tengku Menteri, Changkat Jering menjelang pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

TAIPING 28/03/09 - Bendera parti yang bertanding di pilihanraya Parlimen Bukit Gantang di gantung sepanjang jalan Kampung Paya. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang

 PORT DICKSON 02/10/09 - Bendera parti Barisan Nasional mula digantung untuk memeriahkan pilihanraya DUN Bagan Pinang di Pantai Batu 4. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 03/10/09 - Penyokong Pas berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Port Dickson. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH



 PORT DICKSON 02/10/09 - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin bergambar bersama calon Barisan Nasional pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad di perjumpaan tertutup dengan Umno Bahagian Teluk Kemang di Kelab Golf Port Dicksonta, turut kelihatan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 09/10/09 - Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH  


 PORT DICKSON 09/10/09 - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH  


 PORT DICKSON 10/10/09 - Kakitangan SPR, Noor Hazila Mohd Sarpan,31 membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya DUN Bagan Pinang di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 10/10/09 - Kakitangan SPR, Zaharah Ujang, 48 membuat persiapan menjelang hari pengundian Pilihanraya DUN Bagan Pinang di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 10/10/09 - Peserta Kayak membawa bendera Umno dan Barisan Nasional mengelilingi pantai Bagan Pinang selepas majlis perasmian Karnival Sukan 1 Malaysia. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 10/10/09 - Kayak yang dihiasi bendera Umno dan Barisan Nasional bagi memeriahkan Pilihanraya Bagan Pinang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 11/10/09 - Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), menenangkan penyokong Barisan Nasional ketika kekecohan di Peti Undi  Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan semasa pilihanraya DUN Bagan Pinang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

 PORT DICKSON 11/10/09 - Anggota polis menenangkan penyokong Barisan Nasional ketika kekecohan di Peti Undi  Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan semasa pilihanraya DUN Bagan Pinang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH

PORT DICKSON 11/10/09 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meraikan Calon Barisan Nasional Tan Sri Mohd Isa Samad (tengah) yang menang pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH 

Sambutan Maulidurrasul

KUALA LUMPUR 09/03/09 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1430H/2009M di Dataran Merdeka. - Gambar oleh MOHD FADLI HAMZAH


D8 Summit



Spell-It-Right Challenge

 Shah Alam 07/06/08 - Muhammad Aiman Ahmad Kharuddin / RHB & NSTP Spell-it-right challenge peringkat Selangor. - Gambar oleh Mohd Fadli Hamzah

 Shah Alam 07/06/08 - Wan Nurul Shafiqa Suraya Wan Ahmad / RHB & NSTP Spell-it-right challenge peringkat Selangor. - Gambar oleh Mohd Fadli Hamzah

Shah Alam 07/06/08 - Sean Kendrick Soh / RHB & NSTP Spell-it-right challenge peringkat Selangor. - Gambar oleh Mohd Fadli Hamzah